Definisi Kepimpinan

Kepimpinan merupakan satu seni yang mengarah kepada suatu proses untuk menggerakkan sekumpulan manusia menuju ke suatu tujuan yang ditetapkan dengan mendorong mereka bertindak dengan cara yang tidak memaksa yakni kerana mereka mahu melakukannya. Pemimpin adalah anggota dari suatu perkumpulan yang diberi kedudukan tertentu dan diharap dapat bertindak sesuai dengan kedudukannya. Kepimpinan adalah suatu daya yang mengalir dengan cara yang tidak diketahui antara pemimpin dengan pengikutnya, mendorong para pengikut ke arah sasaran yang disepakati bersama. Kepimpinan juga mewarnai dan diwarnai oleh media, lingkungan, pengaruh dan iklim di mana dia berfungsi. Selain itu, kepimpinan sentiasa aktif, namun boleh berubah-ubah darjatnya, kepentingannya, dan keluasan tujuannya. Ianyya bersifat dinamik. Dalam pada itu, kepimpinan bekerja menurut prinsip, methadologi dan matlamat yang pasti.

No comments:

Post a Comment