PERJUMPAAN PARA PENGAWAS


HARI : Khamis
TARIKH: 2 September 2010
MASA : 7.30 pg

  • Agihan tugas untuk majlis graduasi.
Ketua Jamuan : Nadia Amirah Zakaria
Ketua Sponsor : Nur Farhanah Zainal
Ketua Brosur : Fahimah A Razak
Ketua Hadiah : Siti Fairuza Syahira Syed Azmi
Ketua Pentas : Nur Hidayah Othman


Selamat menjalankan tugas!

PERJUMPAAN MT BERSAMA PN RUBIAH



HARI :Rabu
TARIKH :1 September 2010
MASA :7.45 pg
AGENDA:
  • Perbincangan untuk pengurusan majlis graduasi tingkatan 5 yang akan diadakan pada 30 Oktober 2010.

TAZKIRAH RAMADHAN

ENAM PERSIMPANGAN

Abu Bakar r.a. berkata, "sesungguhnya iblis berdiri di depanmu, jiwa di sebelah kananmu, nafsu di sebelah kirimu, dunia di sebelah belakangmu dan semua anggota tubuhmu di sekitar tubuhmu. Sedangkan Allah s.w.t. di atasmu. Sementara iblis terkutuk mengajakmu meninggalkan agama, jiwa mengajakmu ke arah maksiat, nafsu mengajakmu memenuhi syahwat, dunia mengajakmu supaya memilihnya dari akhirat dan anggota tubuh mengajakmu melakukan dosa. Dan Tuhan mengajakmu masuk Syurga serta mendapat keampunanNya,sebagaimana firmanNya bermaksud,"........Dan Allah mengajak ke Syurga serta menuju keampunanNya...."
Sesiapa yang memenuhi ajakan iblis,maka hilang agama darinya. Sesiapa yang memenuhi ajakan jiwa, maka hilang darinya nilai nyawanya. Sesiapa yang memenuhi ajakan nafsunya, maka hilanglah akal dari dirinya. Sesiapa yang memenuhi ajakan dunia, maka hilang akhirat dari dirinya. Dan sesiapa memenuhi ajakan anggota tubuhnya, maka hilang Syurga dari dirinya. Dan sesiapa memenuhi ajakan Allah s.w.t., maka hilang dari dirinya semua kejahatan dan dia memperolehi semua kebaikan.
Iblis laknatullah adalah musuh manusia, sementara manusia adalah sasaran iblis laknatullah. Oleh itu, manusia hendaklah sentiasa berwaspada sebab iblis laknatullah sentiasa melihat tepat pada sasarannya.

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN 1431H !

INDAHNYA RAMADHAN!

Sirna senja di mega Sya'ban
Menyambut tetamu bulan Ramadhan
Berbuah tangan sejuta tawaran
Belas kasih tuhan Yang Rahman

Setiap amal diganda kurniaan
Setiap huruf berlipat balasan
Syaitan berlenggu berkurang peranan
Tinggal nafsu menanti latihan

Hajat dan keinginan dikekang ditahan
Seperti haiwan dalam kurungan
Perlu dijinak dengan Al-Quran
Bersama zikir hati dan lisan

Bersahur jangan awal-awalkan
Berbuka jangan lewatkan
Beragama jangan melampaui suruhan
Atau dikurang dan ringan-ringankan

Qiam Ramadhan jangan ketinggalan
Solat fardhu paling diutamakan
Jaga telinga jaga penglihatan
Bersih hati,diri dan keimanan

Andai ini Ramadhan perpisahan
Pulanglah dengan sejuta keampunan
Buat yang terbaik jadikan keazaman
Bersama-sama kita doakan

KURSUS KEPIMPINAN PELAJAR

Telah dilaksanakan pada ;

Hari: Jumaat
Tarikh: 23 Julai 2010
Masa: 2 ptg - 5.30 ptg
Lokasi : Bilik Mesyuarat
Ceramah jemputan: Pn Rubiah Md Nor
Kehadiran: Pn Norkhayati Ngosman dan para pengawas

Alhamdulillah. Kursus telah dijalankan dengan baik. Terima kasih kepada Ummi B,kaunselor cemerlang SMKA Sharifah Rodziah.
Semoga rakan-rakan pemimpin pelajar dapat menjalankan tugas dengan lebih berdedikasi dan ikhlas dalam menjalankan tugas selepas ini.

JAMUAN MAKAN MENGERATKAN SILATURRAHIM





MAJLIS PELANTIKAN PENGAWAS SESI 2010/2011


Majlis Pelantikan Pelajar 2010/2011:

Hari : Isnin
Tarikh : 22 Mac 2010
Masa : 8.30 pagi
Tempat : Dewan As-Syarifah